\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Sikap dalam bercinta , Sebelum dan Selepas .
27 June 2011@5:00 PM
Assalamualaikum . .


Harini aku just nak bercerita mengenai sikap dalam bercinta ( sebelum dan selepas ) . Cinta tu merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t . Perpisahan ? Siapa je yang tak kenal perpisahan ? Semua orang mesti pernah mengalami perpisahan . Cuma situasinya je berbeza mengikut kehidupan masing2 . . Betul tak ?


Perasaan tatkala menerima cinta dalam hidup pulak , semestinya bahagia pasti memancarkan sinar kat setiap wajah . . Dalam bahagia , pasti ada duka . . Setiap insan pasti mengalami dua perasaan ini . Jika takde , tiada langsung 'perasaan' dalam hidup mereka . . Pasti 'cinta' itu dicipta mereka sendiri untuk kepentingan diri mereka sendiri . . Jika cinta yang dicipta oleh Allah s.w.t , maka pasti ada ujian dalam setiap hubungan untuk menguji sejauh mana kehebatan cinta mereka . Jika cinta yang dicipta sendiri , bukan sahaja ujian bertimpa2 tetapi banyak masalah tercipta atas dasar perlakuan mereka sendiri yang salah menggunakan cinta . . 


Duka lara , sepi , airmata sering dikaitkan dengan wanita , tetapi tahu ke puncanya dari mana ? Jangan salahkan wanita je di dalam perhubungan , lelaki juga harus memahami perasaan wanita . . Lelaki sekarang amat berbeza dengan lelaki zaman dahulu . . Ini kerana , zaman dahulu lelaki mempunyai sikap sopan santun yang amat tegar dalam diri mereka , tetapi zaman lelaki sekarang , bukan aku hendak mengata , tetapi kebanyakan lelaki sudah hilang sikap sopan santunnya . . mungkin kerana zaman telah berubah , zaman sudah moden tetapi lelaki Melayu sepatutnya mewarisi sikap sopan santun itu tak kira di mana mereka berada . Di dalam setiap perhubungan haruslah mempunyai sikap bertolak ansur dan kepercayaan . . 


Bercinta sememangnya senang , tetapi ingin sekali mendapat keselesaan dalam bercinta amat susah , amat susah untuk menstabilkan keadaan dalam bercinta . . Macam2 ragam yang kita boleh lihat zaman sekarang . Contohnya , bercinta bagai nak rak , tetapi akhirnya berkahwin dengan lelaki lain . . Kes macam ni memang banyak kat Malaysia . . bukan kat Malaysia je . . Satu dunia kot . . Lagi satu , kecurangan , memang berlambaklahkan . . Sedangkan yang berkahwin pun boleh curang , takkan pasangan yang bercinta tak boleh ? Dunia2 . . Makin lama makin tua . . Kita ni manusia akhir zaman . . Come on lah , bercinta biarlah ada perasaan jujur dan setia . Meskipun manusia tiada yang sempurna , Allah telah mencipta kita setiap orang pasti ada pasangan masing2 untuk saling melengkapi hidup yang Allah tentukan untuk kita . Pernahkah korang terfikir ? 


Hidup merupakan satu penantian , menunggu dan menunggu adalah perkara yang merumitkan . Amat payah , sebab aku pun turut mengalaminya . . Apabila sudah sampai seru sesuatu yang diimpikan , pastinya ia adalah perkara yang paling menggembirakan . Tapi , janganlah sikap dalam bercinta tu diamalkan sebelum berkahwin saje . Malah kita terapkan ke dalam kehidupan 'berdua' agar kehidupan lebih harmonis dan usaha itu merupakan tangga kejayaan . . Allah pasti memberkati manusia yang selalu mengamalkan kebaikan dalam hidup . . Berkongsi sesuatu yang indah , akan menjadikan panduan dalam kehidupan kita , secara tak langsung sesuatu hubungan itu akan menjadi erat dan lebih bermakna . . So , fikir2kanlah jikalau anda nak hubungan yang baik , amalkanlah sikap yang membina kekuatan diri . . Kalau tak , lu pikirlah sendiri ! 


p/s : tetiba niat nak menulis panjang2 macam ni . cerita ni plak . sekadar mengingatkan . :)