\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Jenis-Jenis Hantaran .
05 July 2011@3:37 PM
Assalamualaikum :)


Semalam memang syokk sangat dapat borak dengan blogger2 kat group SB ( Sahabat Blogger ) kat facebook . . Sampaikan aku tulis status tu dapat laa sambutan jugak . Adelah dalam 160 komen . Alaa tu pun dah campur2 dengan komen aku kan . HAHA . Tajuk yang aku tulis tu plak "berapa hantaran yang patut diberi oleh pihak lelaki untuk pihak perempuan pada zaman sekarang ?' huhuhu . . Laa ni , aku nak share sikit , jenis2 hantaran yang biasa pihak lelaki bagi untuk pihak perempuan . .


HANTARAN SERBA BERDIRI :


- Hantaran serba berdiri ialah hantaran penuh dari hujung kepala sampai hujung kaki .
Contohnya : Baju , kasut , Telekung , Minyak wangi , barang kemas , beg .


HANTARAN SERBA DUDUK :


Hantaran serba duduk ialah apa yang kita nampak jika perempuan sedang duduk ? of coz dari pinggang dan ke atas . 
Contohnya : baju , tudung , makeup , barang kemas ( rantai dan subang )


HANTARAN SERBA SATU :


- Merupakan hantaran penuh barang kemas 
Contohnya : Rantai , subang , cincin , gelang tangan , gelang kaki .


Setakat ni itu ajela yang aku ingat , tapi untuk yang langkah bendul pulak , barang  perlu diberi kepada kakak pihak perempuan . . dengan harga yang diminta oleh kakak pihak perempuan sendiri atau barang yang diberi sama harga dengan barang yang diberi kepada pihak pengantin perempuan . . Sekiannnn ~




p/s : takde niat apa2 pun tulis enrty macam ni , just nak share pengetahuan kot2 korang nak kawen nanti , HEHE . pilih laa mana yang terbaik . Ini adat je :)