\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Just be the real me !
24 July 2011@11:58 PM
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh :)


Apsal tajuk entry ni macam ni ? Sajeee ?  Nope , aku just nak cerita la , pasal perangai aku macam mana . Well , seperti sedia maklum , memang ramai yang tak boleh nak memahami diri seseorang tu dalam masa yang singkat . Tapi , aku nak cerita je pasal aku ni . .


- Aku tak hipokrit : Kalau aku tak suka , aku cakap aku tak suka . Takde nak cover line .


- Aku memang suka rendah diri : Aku rasa semua orang macam tu . Tapi aku tak suka bercerita pasal hal-hal yang boleh jadikan diri aku megah .


- Aku suka orang tahu dan kenal aku dengan sendirinya : Tak suka cerita lebih-lebih sampai berbuih mulut .


- Aku memang friendly : Sampaikan ada yang salah faham kemesraan aku dengan seseorang dan bertukar menjadi gossip dan blablabla . *shit .


- Aku suka low profile : Dah memang gaya aku macam tu . Aku tak gila femes .


- Aku bukan kaki bodek / ampu : Yang ni jauh sekali . Aku bukan la orang yang nak ampu-ampu orang kaya or orang yang dahi licin ni . Macam peminta sedekah . Not me okay !


- Aku bukan kedekut : Kalau aku ada duit aku belanja semua orang . Kalau takde duit , buat macam takde duit .


- Aku mengaku aku takde rupa : Bukan takde rupa langsung , tuu simpanggg ~ Maksud aku aku tak cantik . Tapi bersyukur ada la rupa orang .


- Aku tak suka orang cakap belakang / cakap besar : Kalau berani datang face to face . 


- Aku memang tak belajar tinggi : Bukan sebab gayat , tapi dah memang nasib aku macam tu . Dan tak bermakna orang tak study tu orang bodoh . Aku stdy paling tinggi pun SPM je xD


- Aku selalu jadi pilihan kedua : Yang ni pun memang dah nasib . Entah kenapa aku selalu dapat no2 . HAHA . 


- Aku suka gelak : Siapa yang kenal aku tuu , faham lah aku macam mana . Kalau aku gelak takdenya macam sizuka cter doraemon tu okay sampai nak cover-cover . Aku gelak ikut aku jelah . Kalau kuat , kuat la . Dan aku tahu gelak kuat memang tak elok , aku pompan kan . HAHA . Tapi aku tak hipokrit . No no no !




p/s : Jadi diri kamu sendiri . Tak merugikan apa-apa . Tak payah nak berlakon bagai . Penat kan berlakon-berlakon ni ? hukhuk . Membebel lak memalam ni . Tidolah . gudnite !