\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Si Hipokrit yang FAKE dalam pergaulan .
27 July 2011@11:19 PM
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh :)


Kaya , Sape yang taknak kaya ? Malah orang yang dilahirkan menjadi seorang yang kaya semestinya orang yang bertuah dan seharusnya bersyukur . . Akan tetapi , ramai juga diantara kita yang bersikap fake/berpura-pura dalam pergaulan . . Mungkin dalam pergaulan antara kawan-kawan , mereka ini tak mahu nampak ketinggalan . Dan mencuba sesuatu yang nampak mereka standard or setaraf dengan kawan mereka yang kaya . . Oleh itu , kita selami sedalam2nya . Sesape yang terasa tu mintak maaf okay :)




1. Barangan berjenama .
   - Si kaya : Akan membeli barangan yang mahal dan itu memang sikap yang tak boleh dielak oleh orang kaya . 


   - Si fake : Akan membeli barangan berjenama juga bagi menjaga status di dalam pergaulan di antara kawan-kawan walaupun sebelum ni beli barang di Petaling Street .


2. Tempat Melepak .
   - Si kaya : Kebiasaannya mereka ni SELALU melepak di Coffee Bean , Harrods , Starbucks.


   - Si fake : Pun meniru lagak orang kaya walaupun dah biasa lepak di kedai mamak , di gerai-gerai makan .


3. Makanan Pilihan .
   - Si kaya : Kebiasaanya makan western food . Ala-ala carte . Makanan macam kat hotel . .

   - Si fake : Terus tak ingat dunia yang sebelum ni pernah makan kat cendol tepi jalan , rojak kat gerai-gerai kecik , dengan air ceduk-ceduk kat stall .


4. Hobi .
   - Si kaya : Shopping lah ! Takpun pergi disko sambil minum air teh . Tapi tak semua macam tu .


   - Si fake : Berpura-pura ikut jejak untuk bershopping walaupun takde duit . Lepas tu buat alasan belum gaji / purse tertinggal kat rumah . 


5. Cara berpakaian .
   - Si kaya : Opkoss pakaian up-to-date . Citarasa terkini . Moden . Tak boleh kalau ketinggalan zaman .  


   - Si fake : Dulu dok pakai baju kurung , takpun seluar slack macam mak mak , tapi dah berubah citarasa dan meniru orang kaya walaupun nak makan tiap-tiap hari pun kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . 




Begitulah orang-orang fake zaman sekarang . Kadang-kadang nak meniru tu tak salah , tapi lihat dan cermin dulu diri kita , jangan sampai tergadai body dan maruah . Lepas tu baru nak menyesal . Ada jugak orang fake yang ingin mendapat nama or menjaga standard di dalam sesuatu perhubungan . Tapi ingatlah , kawan yang baik bukan pandang pada harta dan gaya pakaian seseorang tetapi akan memandang budi pekerti dan tingkah laku yang baik :)




p/s : Please lah jangan jadi fake . Benci . Jadi diri sendiri lagi bagus .