\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Trip To Cameron Highlands 9,10,11 July !
18 July 2011@12:05 PM
Assalamualaikum :)

Walaupun cerita ni agak basi buat pengunjung fb . Ahah ! Tapi aku kena lah cerita kat kawan-kawan blogger jugak kan ? Not fair lah kalau tak cerita . Nampak tak tajuk atas nun ? Haa , baru-baru ni aku ada p Cameron Highlands , oleh itu tak heranlah kalau korang tak nampak aku post entry kan ? Okay2 . Cerita dia start macam ni , aku tak plan langsung pun nak pegi Cameron , last minute je ni . Sebab yang pegi akak , abang ipar , Keisha , dengan kawan akak aku . Berempat lah kiranya ,. Pastu macam mana lah aku boleh gatal nak join . HAHA . Rezeki jangan ditolak . Lagipun aku dah lama tak jejak Cameron kan ? Last pegi masa tadika -_-' Pulak tu , adik aku pun ikut sekali laa gamaknya . .

Ber'enam laa jadinya . Pagi-pagi lagi dah gerak Cameron kul 10 macam tu . Pagilah sangat . HAHA . Masa diambil 3jam jugak la nak sampai sana . Ibarat KL-JB . Sama je . Tapi yang peningnya nak naik bukit tu laa , pusing-pusing kalah genting . Ceit . Nasib baiklah aku tak muntah . . Tak sangka pulak hari sabtu , jamm !!! Yelah sekarang kan bukan musim cuti sekolah ke apa . Tapi boleh pulak jam . Kena lah tunggu . Last-last pukul 3ptg baru sampai atas nun . . Dah sampai je kitorang tak check-in lagi , tapi beli barang-barang souvenier . *betul ke tak eja ni . Pastu sempat lah posing ala cik kiah .

Nii lah cik kiah propa . hakhak . pose jee kejenyee .

Yg kiri tu abg ipar aku , kakak aku , and my Keisha ! :)

Okay kita sambung balik . Lepas tu semua dah check-in pekebende . Aku pun ngoroklah . Ngorok tu apa ? Tidur . Dalam bahasa jawa . HEHEHE . Yelah penat sangat bhaii . . Walaupun bukan aku yang drive . xD  Sesudah itu aku nak cter pasal esoknya pulak . Plan nak pegi ladang teh . Pagi-pagi lagi dah bangun ni , sebab sejuk kan . . Kaki pun dah beku . Takyah nak pegi London nak tunggu beku . . Bangun , mandi , kiteorg pun pegilah breakfast kat foodcourt di Brinchang :)

Sesudah makan . Pose cket muka kekenyangan . HAHA .

Okay dah kenyang apa semua , aku pun bergeraklah ke ladang tehh ! Yihaa ! Tapi nak kene turun gunung pulak . -_-'   LAgi sekali aku menempah keloyaan tekak . Sebabnya ladang teh kat sebelah barat . Kena turun gunung sikit . HAHA . gunung ke bukit ? Apa-apa lah . . Okay bila dah sampai ke ladang teh , rasa nyaman sangat . Udara pun fresh . Tak macam KL . . Yela KL bandar kan . *sengal . Gunung-ganang menghijau . Rasa nak stay sini sampai bila-bila pun ada . Aku bagi korang view ni .

Subhannallah ! Cantik kan ? :)

Cantik kan ? Indah ciptaan Allah . Bersyukur sangat aku dapat tengok view ni . Wahh , rasa macam mimpi je . HUHU . . Alhamdulillah . . Tak lama lepas tu . Kitorang pun main snap-snap gambar . Memang banyak tapi aku letak sikit je kat sini . Letih woo takkan nak masuk sampai 500++ gambar . ERR ! memang taklah aku tak boleh buat keje lain . HAHA . Okay sesudah tu kitorang tak minum pun teh kat kedai . Sebabnya mahal . Serupa je kalau korang beli then rendam sendiri lepas tu minum . HAHA . tak bayar lebih kan ? Tapi kalau korang dah setahun tak jumpa teh aku galakkan korang minum kat sini . Nama kedai pun aku dah lupa , Sorry ! Tapi kat ladang teh ni laa . . Mesti jumpa punyaa . 

Okay sambung balik , sesudah tu , kitorang pun gerak pegi Taman bunga ke apatah . Yang MARDI punya tu . Memang best walaupun tak ramai orang , yela seperti yang aku cakap tadi bukan time cuti sekola . Tapi time Pak Arab cuti . HAHA . Mana sama kan Arab dengan Malaysia cutinyaa . HUHU . Nak masuk ni kena bayar rm3 untuk dewasa . Budak-budak tak ingat . HAHA . 

Lawa kan ? hehe . rasa nak cabut semua bunga . Nampak tak kat blakang tu ? HAHA .
Comeyykan gambar ? HAHA . Perasan tak yang belakang tu ? aku laa . -_-' nampak sipi-sipi jee . hakhak . Okay then nak citer untuk hari ke 3 terus . . Pagi-pagi pegi sarapan kat restoran mamak nasi kandar . . Memang dasar keturunan Pakistan ! Ehem-ehem . HAKHAK . . Okay lepas tu three . Aku pun geraklah walaupun nasi dah sampai tahap leher kenyangnya . . Aku pun berangkat jugaklah ke pasar di mana ada jual strawberi , sayur , jagung dan lain-lain . . 

Strawberry cokelat ! nyum2 . Tapi klu guna cokelat cadburry lg sedap .

Ni kedai bunga . Amek kesempatan snap kejap . HAHA . 

Bau memang fresh laa kan bunga ros merah ni . Nak tunggu orang bagi , lambat kot . Aku cekau laa kejap bunga ni saje-saje nak snap . HEHE . Strawberry cokelat ! Huuuu memang sedap . . Dia jual 1 cucuk rm2 . . Boleh laa tahan . Saje nak merasa sebab tak pernah . *jakun . Okay dah beli-beli barang yang kitorang nak , kitorang pun berambuss lah dari Cameron , memang rinduu sangat tempat ni . . Kalau boleh honeymoon nanti nak pegi sini . Sejuk jee . Ahaks ! Merepek jee aku ni . zaman bila entahnya nak kawen . HAHA . tunggu laa entry pasal kawen . Kalau ada . xD

p/s : 5star to Cameron Highlands .