\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Kenapa Perempuan Ambil Masa Lama Untuk Bersiap-siap ??
11 August 2011@8:45 PM
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh :)


Blurbbbb ! Kenyang berbuka tadi . Alhamdulillah . HEHE . Buruk bebenor la kan sendawa besar . Laki pon reject aku . kahkah . Tapi Mr.F kita nak aje xD *perasan .. Okay entry untuk harini nak bercerita pasal KENAPA PEREMPUAN AMBIL MASA LAMA UNTUK BERSIAP-SIAP ?? HEHE . Nampak macam remeh . Tapi kalau nak tahu , maii baca . Kaum adam patut baca ni sebab musabab :P


1. Mandi paling awal pun 1/2 jam . Paling lama 45minit . Biasala lagi-lagi kalau nak pergi dating . Dari pagi jumpa sampai petang mesti nak tahan bau badan , ketiak , mulut dan sebagainya .


2. Lepas mandi , lap-lap badan , lap rambut , lagi-lagi kalau baru lepas shampoo , rambut basah . Kenalah dok depan kipas keringkan . Nak pastikan takde setitik air pun ada kat badan . Kalau yang pakai tudung lagi ambil masa lama .


3. Mula carik-carik baju yang sesuai . Kalau tak kena carik lagi . Dok depan cermin tengok-tengok mana sesuai . Dalam 20minit jugak .


4. Dah carik nak gosok baju pulak . Dalam 15minit .


5. Sebelum pakai baju , makeup dulu . Takut baju kotor kena makeup . Makeup tebal 2inci ambil masa 15minit . Paling lama sejam . Bergantung lah kan . Bagi yang bertudung , ambil masa 15minit lagi nak pakai tudung .


6. Dah makeup pakai baju pulak . Sambil-sambil tangan kiri sapu losyen tangan kanan sembur minyak wangi . HEHE .


7. Kemas-kemas balik barang makeup yang dah digunakan .


8. Bukak almari , pilih handbag yang sesuai . Biasalah , mix and match ! HAHA .


9. Carik kasut pulak . Yang 5inci ke 3inci ke , wedges ke , pump shoes ke .


10. Finally , tengok cermin buat kali terakhir and bagi senyuman menggoda sebelum kuar rumah .


Betul tak kaum hawa pasal ni ? HEHE . Ini lah perempuan , biasa lah kan . Kalau siap cepat kang takde rupa orang . Sememangnya kaum hawa memang suka hadap depan cermin lama-
lama . Lelaki pun ada jugak tapi tak semua .. Lepas baca entry ni , cuba korang tanya kawan/kezen/awek korang , berapa lama dorang nak bersiap-siap bila nak keluar ? Aku sendiri pun paling afdhal la , 1jam setengah . HAHA . Normal la tu . Kihkih xD


p/s : Belum lagi nak mix and match aksesories . Gilo !