\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Chicken Adobo untuk yang Tersayang :)
23 September 2011@3:05 PM
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh :)


Salam jumaat kepada semua . HEHE . Hari nii aku nak share entry resepi khas untuk korang . HAHA . Bukan apa , next week aku kan ada tetamu dari kerabat Diraja , okay aku tipu . HAHAHA . Mr.F kan nak datang rumahhh ... Aku lah yang menjadi chef untuk minggu depan . HEHE ... Walaupun takde kemahiran memasak sangat . Mencuba itu penting :) Takkan aku nak suruh mak aku masak pulak weh , tetamu aku pulak tu :P


Okay resepi yang aku nak masak ni masakan Filipino . Ahakss ! Apa pasal nak masak makanan Filiphines nii ?? Well , akak ipar aku yang ada sebut pasal makanan ni sebelum ni , then aku pun try la remember balik and rasa macam nak mencuba pulak , HEHE . Dia macam ayam masak kicap tapi lain sikit laa ... Kalau ayam masak kicap baik tak payah aku sediakan resepi ni .. HAHA . Pejam mata pun boleh buat  -____-'   Cakap besaqqq naaa CIK PIPI ... Bukan cakap besaq , tapi ayam masak kicap budak-budak pun boleh masak ... HEHE :P Jangan terasa naaa siapa-siapa yang tak reti masak tu , aku pun bukan handal sangat . Still dalam process belajarr :) 


Okay here i show you the recipe :)


Chicken Adobo :)

Bahan-bahannya :

- Seekor / setengah ekor ayam ( terpulang )

- 1 labu bawang putih

- 4 sudu kicap soya ( ikut suka kalau nak masin lebih )

- 1 sudu teh lada hitam

- 2 cawan air

- 1/2 cuka 

- 3 daun bay


Cara-cara memasak :

Masukkan semua bahan dalam satu bekas mangkuk besar ... Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1-3 jam ataupun perapkan semalaman ... Pastikan mangkuk itu ditutup jangan dibiarkan terdedah ... Perap sehingga kuahnya menjadi pekat likat ... Seterusnya , masukkan ke dalam periuk dan biarkan ia masak dengan keadaan periuk tersebut ditutup dengan penutup periuk .. Biarkan selama 20 minit ... Dan siapp dihidang dengan nasi putih yang masih panasss :) Selamat mencuba ! 

p/s : Senang je kan ? HUHU ... Yang ni pun boleh buat sambil pejam mata . HAHA xD