\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Kursus Kahwin - Masih Relevankah ?
27 October 2011@12:50 AM
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh...


sumber google :D


Tajuk macam nak kahwin je ... HAHA.. Entah mood meroyan tiba-tiba merasuk minda nihh... Kenapa tajuk aku cenggitu ? Yeahh , this will be something new for me.. HEHE... Yelah sebab aku still single belum kahwin kan , kursus pun tak pernah pergi... Tapi aku pernah lihat dalam satu paper sebelum ni berkata kursus kahwin sekarang ni macam dah tak penting sebab banyak sangat kes-kes penceraian berlaku dalam dan luar negara... Luar negara tak payah cerita lah kan... Tuu omputih.. Mana cek tau ada kursus ke tak. *hew hew... Yang penting dalam negara ni haa... Kes penceraian sekarang semakin menjadi-jadi...


Tak kira lah artis ke , orang biasa ke , makcik jual kuih tepi jalan ke , pun terlibat dalam kes tu jugak.. Sekarang ni kursus kahwin pulak dipersalahkan... Ada ke patut ? Semua bakal-bakal pengantin wajib hadiri kursus kahwin sebelum berkahwin... Tetapi kenapa suami/isteri mempunyai masalah dalam rumahtangga yang serius sehingga ingin bercerai-berai ? Seperti tidak cukup ilmu... Adakah mungkin ilmu yang diterapkan dalam kursus kahwin masih tak cukup ? Tidak mungkin... Sebenarnya semua ni terletak pada diri sendiri... Apa yang kita buat , harus berlandaskan agama... Ketika bernikah , masih ingatkah pengantin lelaki/pengantin perempuan membaca taklik selepas diijabkabul ? 


Apa yang tertera di kertas itu jangan diabaikan , apa yang diucap menerusi kertas itu jangan dilupa... Apakah perlu berpura-pura lupa ? Ya , semua orang harus mengenepikan ego mereka ketika di ambang masalah... Masih ingatkah lagi kisah percintaan sebelum menikah ? Bersusah payah ketika mengharung semua dugaan dan berjaya menepis godaan sesiapa sahaja ? Jangan persalahkan kursus kahwin , kerana diri sendiri yang tidak cukup ilmu pengetahuan untuk mengharungi hidup berdua... So , that means kursus kahwin masih relevan... Ilmu itu tidak bersalah sama sekali. Yang bersalah hanya diri sendiri yang tidak pandai mengawal nafsu dan emosi... Maaflah yea kot-kot ada tersalah cakap ke , yelah aku ni belum kahwin , banyak lagi nak kena belajar , ni hanyalah pendapat aku , melalui apa yang aku lihat pada zaman sekarang ni... Mudah-mudahan dapat dielakkan...


Sesiapa yang nak kahwin tu aku ucapkan tahniah dulu la awal-awal yea. Selamat mengharungi dunia perkahwinan... Ketepikan ego anda masing-masing... Kursus kahwin pulak masih wajib dihadiri.. HEHE... :D


p/s : Aku pun bakal menghadiri kursus kahwin. Maybe next month.. Dengan Mr.Bambam lah !