\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 1
03 November 2011@12:10 AM
Pagi-pagi lagi bunyi jam loceng sudah memecah suasana di dalam bilik Aiesya... Entah mengapa badannya sungguh liat untuk bangun di pagi hari... Mungkin kerana keluar bersama rakan-rakannya semalam sehingga pulang lewat malam tadi... Matanya masih lagi terpejam tatkala loceng masih berbunyi... Lantas adiknya mematikan bunyi jam loceng itu.. Adiknya Alisa berumur 18 tahun , sama sepertinya ... Perangai degil dan sosial itu seakan-akan sudah sebati dengan mereka... Dan sudah tentu kelab malam merupakan tempatnya bekerja dan sudah menjadi sebahagian daripada hobinya untuk berhibur apabila dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan...

" Dik , bangunlahh... Tolong ayah tu buat kerja kat dapur.. Aku nak rehat kejap.. " pujuk Aiesya...

 " Kepala otakmuuu ... Habis aku ni ? Mata aku ni kau sekatlah guna lidi ke apa ke pun takkan boleh bukak ! Apa kata kau je yang bangun ? " bentak adiknya , Alisa..

" Ahh ! kau ni ! Mintak tolong sikit tak boleh.. Aku pangggg kang ! " jawab Aiesya yang bengang terus bangun dari katilnya dan terus ke bilik air untuk mandi.. Tuala segera dicapai dan pintu bilik air dihempasnya kuat.. Sengaja ...

 " Woiii !!!! kalau ye pun slow lah sikit bila tutup pintu tu ! Aku nak tidurlah ! " kata Alisa yang kelihatan marah dengan kelakuan kakaknya itu...

" Suka hati aku lah ! " Aiesya menjerit dari dalam...

 Agendanya diteruskan ... Mandi pun lama macam berkubang... Jangan haraplah Aiesya hendak keluar dari bilik air dalam masa 15 atau 20 minit... Sudah pasti lebih dari 40 minit... Begitulah Aiesya , perangai degil makin sebati dalam dirinya... Mungkin kerana peristiwa yang tak dapat dilupakan dahulu... Peristiwa pahit yang tak mungkin sesekali dia lupa... Agak susah untuk dia melupakannya... Malah selepas peristiwa itu , dia semakin berani menempuh onak duri kehidupan... Selesai sahaja mandi , Aiesya menendang katil adiknya itu berulang-ulang kali , supaya adiknya tersedar dari tidur... Alisa yang kelihatan nyenyak mulai terjaga dengan tindakan kakaknya ...

 " Ish kau ni ! Tak boleh tengok orang senang... Boleh main jauh-jauh tak ? " kata Alisa dengan berani...

" Kau nak bangun ke atau aku terbalikkan katil ni ? " balas Aiesya yang tidak mahu mengalah...

 " Yelah yelah... Kecohh !! " Alisa melawan..

Namun Aiesya buat tak tahu sahaja kerana berasa lega adiknya mengalah... Ketawanya di dalam hati... Aiesya yang 2 tahun lebih tua daripada Alisa , kalau nak diikutkan dia masih muda tetapi tugasnya sebagai kakak tak pernah dia abaikan... Dia sebagai anak sulung daripada dua beradik hanya bergantung hidup daripada ayahnya... Mereka juga merupakan keluarga sederhana yang hidup di  Kuala Lumpur... Ibu kota yang penuh dengan pancaroba....


Bersambung....