\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 11
15 November 2011@12:14 AM
Episod sebelumnya : Aiesya - Part 10


Sesudah tamat mesyuarat yang dihadiri bersama bos tersayangnya itu , Aiesya bergegas-gegas ke bilik hotel tempat penginapan dia bersama bosnya.. Bilik mereka hanya sebelah-menyebelah... Segera dibuka pintu bilik itu... Dikuaknya luas..

" Wahh , cantik gila bilik nii... ! Tilam pun empuk... Sah-sah aku tidur tak ingat dunia ni... Hahaha... Bagus bos aku ni... Tak sia-sia aku ikut , sambil menyelam sedut air.. " gelaknya sakan tanpa menyedari Rayyan lalu di hadapan biliknya...

 " Ehemmm ! " Rayyan berdehem sambil memandang Aiesya dengan senyuman manis...

" Ohh. Bos ! Ada apa-apa lagi ke ? Any problem ? " Aiesya tanya meskipun dia menahan malu kerana bercakap kuat ikut suka hatinya...

" Tak ada apa-apa... Petang nanti temankan saya mandi... Ehh !! maksud saya mandi kolam renang kat bawah tu... ! " Rayyan tersalah cakap... Nasib baik dia sempat memperbetulkan ayatnya...

" Haa , mandi ? Saya tak reti la nak berenang... " jawab Aiesya..

 " Siapa suruh awak berenang ? Saya suruh awak temankan je... Boleh ? " balas Rayyan sengaja dia memerli wanita itu lagi... Pipi Aiesya kemerahan kerana menahan malu.. Belum cukup malunya tadi habis , malu lain pula yang datang...

 " Okay , baik ... " jawab Aiesya perlahan... Segera dia menutup pintu yang terbuka luas itu...

 " Bodohnya mamat ni !!! Asyik-asyik nak kenakan aku ! Huh ! Mati lemas lah kau kejap lagi... Benciiiiiiiiiiiiiiii !!! " jeritnya di dalam bilik...

Tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng biliknya... Pertama kali berbunyi... Segera dia membuka pintu itu , dan dia hanya membuat muka pelik kerana tiada orang yang berada di hadapan biliknya itu.. Lalu dia memandang ke bawah.. , terdapat satu nota... Lalu di baca...

             " KALAU AWAK JERIT-JERIT LAGI , SAYA CAMPAK AWAK DALAM KOLAM "

Perbuatannya itu rupanya disedari oleh bosnya... Malu tak terkata... Lalu Aiesya masuk ke dalam biliknya semula , dan menumbuk-menumbuk bantal yang menjadi mangsanya pada masa itu... Malunya tak tertanggung.,..

" Siot punya mamat ! Rupanya kau dengar aku jerit... macam mana aku nak hadap kau nihh ? Grrrrrr !!! ... Ahh tido lagi baik... Selamat malam... " bisik Aiesya di dalam hati...

Setelah penat memarahi bosnya , walaupun di dalam hati , dia mengalah dengan membalas perbuatannya itu... Ya ! Tidur !


Bersambung...