\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 21
29 November 2011@3:31 PM
Episod Sebelumnya : Aiesya - Part 20


Sesudah sampai ke Restoran Cendana sepertimana yang dijanjikan , Aiesya dan Rayyan pun duduk dan memesan makanan dan minuman untuk makan malam mereka itu... Tetapi bukan makan merupakan tujuan utama mereka berjumpa malah perkara yang lebih penting iaitu membicarakan tentang emak Aiesya... Aiesya memulakan bicara...

 " Benda yang saya nak cakap ni amat mengejutkan saya tapi dalam masa yang sama saya keliru atau tersalah.. " kata Aiesya...

" Apa dia Aiesya ? Cuba awak cerita.. " kata Rayyan pula...

 Mengharapkan petunjuk itu adalah benar...

" Tadi saya keluar dengan Alisa ke bandar , lepas sampai tempat parking tu , saya keluar dari kereta ... Tiba-tiba... " Aiesya mematikan kata-katanya...

Pelayan restoran di situ menghantar minuman serta makanan yang mereka pesan tadi... Aiesya menyambung balik bual bicaranya...

 " Saya ternampak emak saya.. " kata Aiesya....

 Rayyan yang ketika itu tengah minum air yang dia pesan tadi tersembur keluar kerana terkejut...

" Ehh biar betul awak ni ? Awak dah tengok betul-betul ? Sebab masa emak awak tinggalkan awak , rupa dia mesti nampak muda lagi kan ? Mana tahu sekarang dah berubah ke... " kata Rayyan yang mahukan Aiesya yakin dengan apa yang dia nampak...

 " Ermm.. Betul ! Memang sama.. tapi... " Aiesya terkilan sebentar mengingatkan wanita tadi...

" Tapi apa Aiesya ? Awak ni memang suka cakap sangkut-sangkut ehh ? Haha.. Awak cakap je... " perli Rayyan...

 " Main-main pulak.. Saya hairan ni.. Wanita tu berpakaian koyak-rabak , muka badan semua kotor ,... Rambut pulak serabai dah macam orang gila... Sebab tu saya keliru... " kata Aiesya..

" Ohhh... Macam tu... Kalau macam tu , esok awak bawak saya ke tempat awak pergi semalam... Lepas balik kerja.. Okay ? " tanya Rayyan yang menginginkan kepastian..

" Boleh... tapi.. Takut dia dah tak ada ... " kata Aiesya..

 " Itu awak jangan fikir dulu.. Yang penting dia masih ada dalam area KL ni... Esok kita usaha sama-sama ya ? Dah jom makan... Makanan pun macam dah sejuk ... " pelawa Rayyan...

 " A'ah la... makan .. makan.. " pelawa Aiesya juga... Esok , bermulalah episod baru dalam hidup Aiesya...


Bersambung...