\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 7
11 November 2011@12:05 AM
Episod sebelumnya : Aiesya - Part 6


Sedang elok Aiesya baring di atas katil kerana keletihan membuat persembahan tadi , tiba-tiba ada satu panggilan dari nombor yang tak di kenali... Lalu diangkat ,...

" Hello ! Siapa tu ? " tanya Aiesya ...

 " Saya , Encik Rayyan dari Syarikat Mentari Holdings... " Rayyan memulakan bicara..

 " Ohh , Encik Rayyan ... Ya , saya Aiesya , ada apa ? " Aiesya buat-buat tanya...

" Saya nak beritahu , awak boleh mula kerja lusa.. Saya perlukan khidmat awak kat ofis saya ni... " Rayyan memberitahu hajatnya itu...

" Apa ??! Saya diterima ? " Aiesya yang bercakap dengan mata tertutup boleh celik dengan tiba-tiba kerana terperanjat... Tak sangka dia diterima selepas kena perli tadi...

" Ya , awak diterima ... Awak tak nak ke kerja kat tempat saya ?" tanya Rayyan...

" Erm baiklah... Saya terima... Terima kasih ! " Aiesya membuat keputusan dengan cepat... Kerana ini yang ayahnya harapkan...

" Baik , kalau macam tu terima kasih banyak-banyak... Selamat malam... " jawab Rayyan..

 " Sama-sama.. " Aiesya mematikan talian telefon...

 Rayyan hanya tersenyum simpul kerana Aiesya menerima pekerjaan itu... Dan Aiesya pula hanya tergamam... Pelik kerana begitu cepat Rayyan membuat keputusan untuk menerima dia sebagai pekerja di ofis itu...

" Pasti ada apa-apa ni ! " bisik Aiesya dalam hati...

 " Yesss ! Bermulalah agendakuuuu !!! " kata Rayyan di dalam hati seperti ingin merancang sesuatu...

" Aiesya... Cantik seperti orangnya... " Rayyan memuji .... Lalu dia baring di atas kamarnya dan
memikirkan tentang hari lusa...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokkan harinya , Aiesya tidak hadir ke kelab... Malah dia tekad untuk berhenti kerja sebagai penyanyi kelab... Dia hanya duduk di rumah dan membuat persediaan untuk bekerja di syarikat esok... Dia melihat ayahnya di dapur , sedang membuat sarapan pagi..

 " Sya ... Dah bangun ? Tak kerja ke hari ni ? " ayahnya bertanya...

 " Bukan ke ayah yang suruh Sya carik keje lain ? Sya dah dapat kerja baru... " jawab Aiesya , agak kasar... 

" Yeke ? Alhamdulillah... Kerja apa ? " tanya ayahnya lagi...

 " Kerja kat ofis dekat Jalan Imbi... Bos dah call malam tadi... " jawab Aiesya acuh tak acuh..

" Baguslah macam tu.. Tak adalah ayah tengok lagi kau pakai macam tu... Dah kerja ofis ni Sya pakai pakaian elok-elok sikit... " kata ayahnya itu dengan tujuan menasihatinya...

 " Yelah ayah.. " jawab Aiesya... Lalu dia bangun untuk kejutkan adiknya yang masih lena dibuai mimpi... Aiesya masuk ke dalam bilik perlahan-lahan sambil menjerit ,

 " Kebakarannn !!! kebakarannn !!! Tolongg !!! Tolongg !!! ....

 " Haaa ! Apa ?! Terbakar ? Mana kak ?!!! Mana ?? !!!! " Alisa masih lagi mamai kerana bangun tidur dengan tiba-tiba... 

Kemudian , diperhatikan satu-satu keadaan biliknya itu... Tiada apa yang terbakar melainkan kakaknya , Aiesya duduk di situ sambil nyanyi-nyanyi perlahan... 

" Bengonggg kau , kak !!! Dengki la tuh ! " Alisa berang...

" Hahaahahahhahaha !!! Padan muka kau ! Bangun lah wehh ! Aku ada benda nak cerita ni... " kata Aiesya ...

 " Hurm... Apa benda ? Cerita je sekarang... " jawab Alisa... 

" Aku dah dapat kerja baru !!! Hahahaa...Kau kena teman aku shopping kejap lagi... Kau pilihkan aku baju kurung... " kata Aiesya... 

" Apa kak ? Hahahahaah ! Betul ke apa yang aku dengar ni ? Baju kurung ? Tebiat ke apa ? Pakailah skirt.. " Alisa hanya katawa tak berhenti-henti...

 " Kau suka kan ? Ayah yang suruh aku pakai senonoh sikit... Bos tu pun ada tegur aku masa aku interview... Dia kata kalau aku pakai baju kurung aku nampak manis... Nak muntah aku ! "Aiesya bercerita... 

" Haahhahaha... Bos kau tu confirm laki kan ? Awal-awal lagi dah tegur haa... Nak mengorat kot ! " kata Alisa seperti meneka apa yang berlaku... 

" Haha... Tak ada maknanya nak mengorat... Dah la pergi mandi temankan aku pergi shopping ... " Aiesya menghalau...

 " Boleh.. tapi belanja aku donut Big Apple ! " Alisa inginkan habuan... 

" Yelahh budakkk ! " Aiesya hanya mengalah.. Alisa cepat berlalu ke bilik air... Bersiap dan seterusnya menemani kakaknya keluarr... Beresss !


Bersambung ....