\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 9
13 November 2011@12:52 AM
Episod Sebelumnya : Aiesya - Part 8


" Apa kata awak ? Saya ni dah tak penting bagi awak ? habis selama ni kenapa awak nak berkahwin dengan saya ? Apa kurangnya saya ? Cuba bagitahu saya !! " bentak Zakaria ....

Anginnya sudah beralih... Dari tenang menjadi ribut... Hanya kerana perbuatan isterinya yang tidak bertamadun itu , Zakaria seperti hilang arah dan hatinya tersangat perit... Berita mengenai isterinya yang selalu berasmara dengan lelaki lain itu menjadi perbualan jiran-jirannya yang selama ini menjadi penonton drama bersiri sejak-sejak tiga bulan yang lalu... Akhirnya , tragedi ini telah membuka mata dan minda Zakaria yang selama ini seperti lembu dicucuk hidung .... Dirinya diperbodohkan selama tiga bulan berturut-turut...

 " Saya dah penat dengan cara awak yang hidup kais pagi makan pagi , kais petang belum tentu dapat ! Saya teringin sangat nak hidup mewah ! Orang lain boleh dapat apa diorang mahukan ! Tapi saya ???!!! Emas pun belum tentu sampai pergelangan tangan ! Dekat jari pun dah tergadai ! Saya dah taknak hidup susah !
Ceraikan saya !!!! " Kamalia menjawab dengan penuh yakin...

 Hidupnya sebelum ini mewah kerana ibu bapanya berada dalam keluarga yang senang... Apatah lagi perkahwinan mereka dirancang dan direstui oleh kedua-dua ahli keluarga mereka .... Bukan kehendaknya... Keluarga Kamalia mahu Kamalia berdikari sendiri untuk hidup susah setelah bertahun-tahun dia diberi kemewahan yang tidak terhingga oleh keluarganya... Keluarganya mahukan Kamalia berubah sikap borosnya itu dan belajar bersyukur.... Apa yang dia mahukan hanyalah hidup bersama Shamsul , lelaki yang muncul kembali setelah terpaksa berpisah selepas Kamalia berkahwin dengan Zakaria... Tiba-tiba sahaja , Zakaria terjaga dari tidurnya...

" Astaghfirullah al-azim... mimpi lagi ! Hanya mimpi ! " katanya di dalam hati...

 Setelah hampir beberapa tahun peristiwa itu berlaku , mimpi itu tetap hadir di dalam tidurnya... Setelah beberapa minit , Zakaria menyambung kembali tidurnya yang tergendala itu.. Mimpi , siapa sahaja yang dapat menolaknya ? Bukan kuasa kita untuk menolak , tapi itu ujian yang Allah turunkan buat makhluk yang dicipta oleh-Nya yang bernama manusia... Hadapi dengan tabah... Itulah yang Zakaria lakukan...


Bersambung...

p/s : sambil-sambil tu nak promote ni - AIMAN RAHMAN :D