\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 22
01 December 2011@10:34 PM
Episod Sebelumnya : Aiesya - Part 21


" Aiesya , awak dah siap kemas belum barang-barang awak ? Dah petang sangat ni... Sempat ke tak awak nak tunjuk tempat awak jumpa emak awak tu... Takut jalan jam je.. " kata Rayyan...

" Saya dah siap bos... Tunggu kejap... , " Aiesya sempat masuk ke dalam toilet untuk melihat penampilannya
jikalau ada yang tidak kena..

 " Ish awak ni , bukannya awak nak dating... Cepat sikit.. " kata Rayyan...

Sekali sekala pekerja yang lain menoleh-noleh ke arah Rayyan kerana pelik dengan sikap bos mereka itu yang asyik sahaja melayan Aiesya... Macam tak ada pekerja lain...

" Okay , siap ! Dah jom.. " kata Aiesya yang kelihatan bersahaja...

" Okay , jom... " kata Rayyan...

Selama lima belas minit mereka dalam perjalanan... Mata Aiesya meliar-liar mencari wanita itu... Dan secara tidak sengajanya , mata Aiesya tertumpu pada seorang wanita yang sedang mengemis di tepi jalan... Wanita itu merupakan wanita yang sama... Dan pada ketika itu juga Aiesya menyuruh Rayyan memberhentikan keretanya...

" Bos ! Tuuu ! " sambil Aiesya menunjukkan jari telunjuknya ke arah seorang wanita yang berada di tepi jalan...

 " Itu ke emak awak ? " tanya Rayyan kepada Aiesya...

 Dia begitu teruja jika emak Aiesya sudah dijumpai...

 " Ya ! Haaa... Maksud saya mungkin.. Saya tak tahu.. Jom kita pergi tengok... ! " kata Aiesya...

Rayyan memberhentikan keretanya di tepi jalan... Mereka berjalan secepat yang mungkin ke arah wanita itu... Wanita itu kelihatannya sedar akan kehadiran mereka berdua.. Lebih menyedihkan lagi , wanita itu bukan sahaja berpakaian selekeh dan serabai tetapi dia juga mengendong patung bayi seakan-akan dia mempunyai bayi... Aiesya yang melihat ketika itu sungguh terkilan dan tersentap... Ternyata emak yang dia cari berada di hadapannya... Hendak di marah , tetapi tidak sanggup kerana wanita itu berkelakuan begitu... Mungkin itu hukum karma yang diterima emaknya... Selama beberapa tahun tiada berita , hari ini sudah terbukti segalanya...

" Emakk ! ni Sya makk... " kata Aiesya kepada emaknya... tapi emaknya tetap buat tidak tahu kerana masalah mentalnya yang mungkin mempengaruhi keadaan sekeliling...

" Awak , betul ni emak awak ? Awak pasti ? " tanya Rayyan...

 " Ya ! Saya pasti sangat-sangat ! Saya kenal emak saya ! " Aiesya menangis hendaknya...

 Tidak mampu lagi untuk menahan airmata yang dipendam untuk beberapa tahun... Meskipun emaknya dibenci sebelum ini , tetapi jelas pada wajahnya dia masih merindui emaknya dan dahagakan kasih sayang
emaknya... Lagilagi dalam keadaan seperti ini...

 " Syaa ! mak ada susu.... Nak tak sayang ? " tiba-tiba emaknya berkata seperti itu..

 Sya ? Aiesya berasa amat pasti bahawa Sya yang dimaksudkan emaknya itu adalah dirinya...  Dia melihat emaknya dengan rasa simpati... Dia kebingungan...

 " Habis tu macam mana sekarang ? Nak bawak balik emak awak ? " tanya Rayyan yang mahukan kepastian...

" Saya terfikir macam tu jugak... tapi dia nak ke ? " tanya Aiesya kembali..

" Awak kena pujuk dia la... " kata Rayyan...

Aiesya kebingungan... Kalau dibawanya balik nanti , pasti ayah akan mendapat serangan jantung... Alisa pula tertanya-tanya .... Lama dia berfikir , akhirnya sudah menjumpai jalan kebenaran...

" Saya nak mintak tolong bos... Boleh tak Mak Pah jagakan emak buat seketika ? " tanya Aiesya...

" Mak saya ? Err.. Boleh... Kalau awak bawak balik ke rumah awak kang , apa pulak kata ayah awak dengan adik kan ? Boleh... boleh... " kata Rayyan...

" Terima kasihh bos ! " kata Rayyan...

 Aiesya masih memujuk emaknya itu... Lama juga dalam dua puluh minit... Akhirnya berjaya... Aiesya dan Rayyan membawa emak Aiesya pulang ke rumah Mak Pah... Mak Pah yang bertanggungjawab menjaganya... Mak Pah sudi menjaganya , malah ikhlas membantu Aiesya yang sudah dianggapnya seperti anaknya sendiri... Aiesya amat bertuah....


Bersambung...