\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 24
05 December 2011@1:36 PM
Episod Sebelumnya : Aiesya - Part 23


Keesokan paginya , Aiesya yang ketika ini berada di tempat kerjanya , kelihatan termenung sendirian ... Mengingatkan emaknya barangkali... Rayyan yang kebetulan lalu di hadapan meja Aiesya terhenti dan melihat sahaja reaksi Aiesya... Ternyata tidak perasan akan kehadirannya di hadapan... Jauh termenung...

" Aiesya ... Aiesya... ??? " panggil Rayyan... Aiesya yang terkejut lalu bangun dan berdiri di hadapan Rayyan...

 " Ya.. Ya bos ! " jawabnya..

" Awak okay ke tak ni ? Kalau tak okay awak bagitahu saya... " kata Rayyan yang ingin mendengar luahan hati Aiesya...

 " Ehh , tak apa lah bos.. Saya okay.. " jawab Aiesya acuh tak acuh..

 " Saya nampak awak tak okay ... Awak jangan tipu saya.. " kata Rayyan...

 Aiesya hanya berdiam diri...

" Saya dah telefon emak saya pagi tadi... Mak kata semuanya okay.. Tapi ,... " Rayyan tiba-tiba terhenti percakapannya..

" Tapi apa bos ? Bos kata emak saya okay ? " tanya Aiesya yang kelihatan takut..

" Emak awak tu , sebelum tidur mesti sebut pasal harta... Lepas tu dia ada sebut nama awak Aiesya... Banyak kali sebelum tidur... " kata Rayyan yang bercerita panjang lebar...

 Aiesya yang mendengar cerita yang disampaikan Rayyan itu terus menitiskan airmata... Sedih dengan apa yang didengar.. Sedih ? Buat kali kedua Aiesya bersedih terhadap emaknya... Dahulu , Aiesya bersedih kerana perbuatan emaknya yang curang itu... Tapi kali ini sungguh berbeza... Situasi ini yang menyebabkan Aiesya berada dalam dilemma.. Mahu simpati atau tidak ?

" Awak janganlah menangis... Saya tak boleh tengok lah... Awak sabar ye.. Nanti kita settlekan sama-sama.. Awak nak lunch dengan saya tak ? Saya belanja awak makan sedap-sedap ... " kata Rayyan yang cuba memujuk...

 " Malulah saya... bos nak belanja ? Makan apa ? Hari ni saya nak makan makanan western la.. Mahal sikit boleh ? " kata Aiesya yang cuba untuk berinteraksi secara positif..

" Amboii... tekak minah salleh ni... Hahaha... Apa sahaja untuk awak , saya rela ... " jawab Rayyan...

" Apa sahaja ? Rela ? " Aiesya bingung dengan sikap bosnya itu...

" Err... maksud saya.. err..tak ada apa-apa lah.. Alaa saya saja je nak belanja awak makan... " kata Rayyan yang cuba untuk menyembunyikan perasaannya...

Tapi Aiesya mula sedar , Rayyan seperti berubah sedikit sejak mereka pergi outstation... Sikapnya lebih terbuka dan memahami.. Hati Aiesya mula menyenangi dan menyukai Rayyan...

 " Baik jugak mamat ni... Hehehe.. Untung aku.. " Aiesya berangan...

 " Ehh , apa la yang aku fikir ni... Hehehehe... " Aiesya berbisik di dalam hati... Aiesya hanya mengangguk setelah memahami apa yang Rayyan bicarakan... Rayyan hanya tersenyum...


Bersambung...