\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Back to School
05 January 2012@3:44 PM
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh...


Saya baru Form5 :p

Tebiat dah nak pakai tudung sekolah tiba-tiba... Maklumlah dah 3 tahun tinggal sekolah.. Mulalah nak pasang niat nak memakai itu ini.. Ohh terima lah hakikat bahawa kau dah tua NOK.. Tak kuasa mak nak masuk sekolah balik. Bukan apa , sekolah lah tempat yang aku rasa betul-betul happening dan tenteram.. Banyak benda boleh buat masa sekolah.. Budak-budak tegak je yang pasang niat nak belajar , tapi aku ? HEHE..

Tak dinafikan la dedulu memang la peraturan sekolah agak ketat , tapi sekarang dah berubah , cikgu pun dah tak 'kerek' sangat sebab nak jaga hati pelajar-pelajar  memahami masalah pelajar-pelajar sekarang...

Al-kisahnya dedulu kan , siapa kata aku tak nakal ? Dah macam-macam denda aku kena.. Salah satunya KETUK KETAMPI... Itu masa sekolah rendah ye.. Second , ROTAN... Yang ni masa sekolah menengah... Normal la tu kan.. Sampaikan ada gak cikgu suruh aku lari keliling padang and time tu gak aku gunakan eksekius , *aku asma ! HAHAHAA... So , kalau cikgu taknak kena saman , aku terpaksa la berhenti , Yihaaa~

Belum masuk yang dalam kelas lagi.. Paling best masa FORM 5... Terserlah kenakalanku. Ahaks. Awat menggedik je ni ? -___-'

That time memang la , sebab aku ni dulu amek kos ERT.. Walaupun terpaksa menadah telinga , bersengkang mata melihat topik-topik yang sungguh keperempuanan , benda tu jugak la yang aku amalkan tiap-tiap hari.. Memasak dan menjahit...

Sungguh la , konfem korang gelak. Tak padan dengan orang nak belajar tu semua. HAHA.. Dalam main-main tu , subjek aku semua kredit tau kecuali math.. Lulus je ngek ! Sebab aku tak minat kira-kira ni... Lagi-lagi algebra kadabra... Dan sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa subjek math ada huruf-huruf bagai ? Tak guna tak boleh ke ? :p

Subjek palimg aku gemar opkoss Bahasa Melayu ! And aku tabik springggg dekat cikgu aku yang tak putus-putus ajar anak muridnya yang nakal ni.. Dalam kelas asyik kena sebat je... And cikgu tu pulak asyik-asyik aim aku je. Pandai betul carik mangsa. Ahaks... Tanya soalan tu tanya soalan ni.. Nasib aku dapat jawab.. Nakal-nakal aku , akhirnya aku berjaya dapat A1 Bahasa Melayu... Alhamdulillah.. Syukran ! Tu dulu.. HAHA..

Berkat dari beliau la , sampai sekarang aku minat sastera bagai.. Walaupun bukan dari kelas sastera... Pesanan aku dekat budak-budak yang masih sekolah , Belajar rajin-rajin sampai menara gading , menara KLCC , menara KL , menara taming sari , PON BOLEHHH... Asalkan MENARA bukan MERANA... *merepek

p/s : Rindu nak lepak kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa :)