Embun Sinatra - Part 1
04 May 2012@5:00 PM
Pernahkah aku bermimpi untuk bertemu dengan lelaki pujaanku ? Dimanakah dia ? Andai benarnya dia tercipta untukku... Aku ingin bertemunya... Walaupun hanya di dalam mimpiku... Ahh. Tidak kesampaian lagi cintaku.. Yang lepas dibiarkan berlalu... Tidak guna untuk menangisi lagi kekesalan dan keperitan kerana mencintai lelaki yang tidak patut hadir di dalam hidupku... Hidup pasti diteruskan , walau kekecewaan itu seringkali menghantui diriku... Namun , tidak goyah diri ini kerana masih ada lagi yang menyayangiku... Sinatra , namaku... Nama yang diberikan oleh arwah ayah menjadi bualan penduduk kampung tidak lama dahulu , namun emak hanya endah tidak endah sahaja dengan cakap-cakap orang... Bicara orang-orang kampung , namaku seperti orang kafir , tetapi aku mengerti , mungkin ada sebabnya arwah ayah memberi nama ini kepadaku... Usah difikirkan cakap-cakap orang... Emak dan adik selalu memberikan aku semangat untuk meneruskan kehidupan yang serba serbi payah ini... Mereka lebih memahami dengan apa yang terjadi... Angin yang sejak dari tadi bertiup kencang menandakan ribut bakal melanda Kampung Rasa Sayang... Jarang sekali berlaku sebegini , namun ini semua kehendak-Nya , siapa sahaja yang mampu membantahnya... Ternyata benar apa yang diduga... Ribut telah merosakkan beberapa buah rumah yang berdekatan , cuma rumah kami dan beberapa buah rumah di belakang rumah kami sahaja yang terhindar dari kerosakan itu kerana dilindungi oleh sebuah pokok yang sangat besar dan tinggi... Kelihatannya pokok itu tetap teguh di tempatnya... Emak berlari-lari anak untuk mengangkat kain jemuran...
" Ambil ni , Natra... Tolong ikatkan tali rafia dekat atas tu , lepas tu sidai baju-baju yang belum sempat kering... Mak nak ke dapur , nak tengok dapur... Mungkin basah lecak dek tempias air hujan... " ujar Mak Sri iaitu emak kepada Natra... Hidup susah barangkali hanya bertemankan papan dan beratap nipah yang hanya dibina berulang-ulang kali jika ribut melanda di kampung... Biar hidup susah , asalkan hati senang... Itulah yang sering diucapkan oleh Mak Sri kepada anak-anaknya berulang-ulang kali supaya bersyukur dengan apa yang mereka kecapi semasa hayat mereka... Namun itu semua sudah membuatkan Natrah mengeluh berat... Sampai bilakah mereka akan hidup dalam kehidupan sebegini rupa ? Sudah lah miskin , baju yang dipakai pun hanya dibasuh menggunakan air sungai di hulu kampung , tiada sabun atau pencuci untuk menanggalkan kotoran... Pakai selagi boleh pakai... Guna selagi boleh digunakan.... Beginilah nasib golongan manusia seperti kami...
" Baik mak... " lalu aku mengikat tali rafia itu di tiang kayu di sudut rumah itu dan menyidai satu persatu kain jemuran yang tidak kering... Adikku , Nazrah masih lagi tidak mengerti apa itu kepayahan dan kemiskinan.. Oleh kerana dia masih lagi kecil dan tidak mengerti apa-apa , yang berada di dalam kotak fikiran anak kecil itu hanyalah kegembiraan zaman kanak-kanaknya... Apabila dewasa nanti , fahamlah Nazrah bahawa mereka hanya mempunyai maruah diri dan bukannya harta kekayaan... Nazrah tekun bermain keseorangan... Emak hanya memandang sayu melihat anak-anaknya... Mungkin kemiskinan ini tidak patut diturun-temurunkan oleh ibubapa kepada anak-anaknya... Rezeki adalah milik Allah... Dengan siapa Dia memberi , itu adalah hakNya... Nazrah mengerling kepada kakaknya...
" Kak , jom main dengan adik... Adik tak ada kawan.. Dekat luar hujan... " ujar Nazrah perlahan... Sinatra mengangguk lalu melayan kerenah adiknya yang ingin bermain bersamanya memandang cuaca begitu teruk di luar rumah... Mak Sri hanya pandang melihat anak-anaknya yang sanggup hidup susah bersamanya... Sanggup menahan segala suka duka dan keperitan yang dilaluinya... Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak-anak yang memahami keadaannya...
Seperti itulah keadaan tiap-tiap hari bagi mereka... Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang... Untunglah Mak Sri menjual kuih-muih di kampung dibantu oleh Sinatra... Nazrah pula dihantar ke jiran untuk penjagaan sementara mereka berniaga...
" Natra , esok bangun awal sikit nak... Tolong mak buat kuih... " ujar Mak Sri... Natrah tidak banyak bercakap dan hanya mengangguk menandakan dia setuju dan patuh sahaja pada perintah emaknya... Begitulah Natrah , setelah kejadian tempoh hari , dia hanya membisu seribu bahasa... Melihat dirinya seperti mayat hidup yang terseksa , namun dia tabah menghadapi kehidupan... Apatah lagi kehidupan yang dilaluinya kini bertambah perit... Bukan sahaja punca kemiskinan , tetapi juga melibatkan maruah... Sinatra merenung ke luar jendela , mengingati kembali kejadian tempoh hari...
" Mana bakal pengantin lelaki ?? Dah lama tok kadi tunggu ni... " ujar Mak Limah , salah seorang penduduk kampung yang selalu membuat cerita sensasi bersama-sama rakan-rakannya yang bernama Mak Tom dan Mak Piah... Mereka bertiga sememangnya tukang cerita yang dapat mengalahkan wartawan masa kini...
" Hmm tunggu lah sebentar je lagi , Mak Limah... Mungkin dia dalam perjalanan tu... " ujar Natra perlahan... Mahu tak mahu dia dan juga lain-lain terpaksa menunggu kehadiran bakal suaminya itu... Bakal suaminya itu merupakan anak ketua kampung di kampung sebelah... Lelaki yang berjaya mencuri hatinya buat pertama kalinya itu pernah berjanji untuk sehidup semati dengannya biarpun apa yang terjadi sehinggalah dia bertemu dengan keluarga Natra untuk merancang perkahwinannya... Segala perbelanjaan dan tanggungan , adalah di bawah tanggungan bakal suaminya memandangkan dia memahami keadaan keluarga Sinatra... Biarpun rancangan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana satu kejadian telah berlaku pada hari terbabit..
" Haaa... Apa ???!!! Hmm... Baiklah... " Pak Man mematikan talian tersebut... Pak Man merupakan jiran sebelah rumahnya yang diwakilkan untuk menguruskan hari pernikahan pada hari tersebut... Dipandangnya wajah suci Sinatra berulang-ulang kali... Serba salah menghantui , namun dia perlu memberitahu juga keadaan yang sebenarnya...
" Natra... Pak Man terpaksa batalkan pernikahan ni... " Pak Man menarik nafas panjang lalu menghembuskannya... Air hangat mula menakung di mata Sinatra , hanya tiba untutk mengalir deras... Mak Sri cuba untuk mententeramkan jiwa anaknya...
" Pak Man terpaksa... Baru tadi , Leman , orang kampung sebelah beritahu , Yasin.. Bakal suami Natra ni... Kena tangkap basah , dengan Lina... Lina anak Dollah... " kata Pak Man satu persatu... Namun dia turut bersedih atas apa yang berlaku... Dia simpati dengan nasib yang menimpa Sinatra...
" Astaghfirullahalazim... , Ya Allah... Makkkkk.........., " Sinatra menangis semahunya... Selepas apa yang didengarinya , seolah-olah dunia seperti menghimpit dirinya... Hatinya bagaikan dirobek-robek dan disiat-siat...
" Astaghfirullahalazim... Sabar nak.... Ini semua kehendak Allah... Kita hanya mampu merancang... Sabar..., " ujar Mak Sri... Nazrah hanya memandang ke arah mereka lalu mengelap airmata yang berlinangan di pipi kakaknya... Sepertinya dia tahu apa yang berlaku biarpun Nazrah masih kecil...
" Maaf semua , tok kadi , tok penghulu , dan semua penduduk kampung yang hadir pada hari ini... Kita terpaksa batalkan pernikahan ni... Diharap semua jangan menuduh atau membuat cerita-cerita yang tidak sepatutnya... Minta kerjasama semua... " ujar Pak Man mengumumkan sesuatu kepada penduduk kampung yang hadir dalam upacara pernikahan Sinatra... Kelihatannya Mak Limah , Mak Tom dan Mak Piah membisikkan sesuatu... Sinatra hanya memandang ke arah mereka sambil mengelap airmatanya...
" Apa lah nasib keluarga kau ni Sri , lepas satu.. satu... Mungkin anak kau ni kena mandi bunga la. Kan ? Hahahahahahaha... Dah jom ! " ujar Mak Limah yang sangat terkenal dengan mulut lancangnya itu , namun Mak Sri hanya berdiam diri sahaja dan tidak mahu memulangkan paku buah keras kepada Mak Limah...
" Jangan dengar cakap dia mak... Ni semua salah Natra ! Salah Natra ! " balas Natra kepada emaknya lalu berlari keluar dari masjid... Mak Sri tidak mampu untuk menghalangnya lagi... Yang berlaku , sudahpun berlaku...
" Natra ! Tengok adik tu... Mak nak keluar sekejap beli bahan buat kuih... Jaga rumah ni... " tegas Mak Sri sekaligus mematikan lamunannya tentang kejadian tempoh hari...
" Baiklah mak... " balas Sinatra perlahan sambil mengesat airmatanya apabila terkenang peristiwa itu...
Bersambung....