Embun Sinatra - Part 11
27 May 2012@2:10 PM
Setelah dua minggu Sinatra menghadapi kesedihannya bersendirian , dia hanya bertemankan Pak Man.. Buat masa ini , Sinatra hanya duduk di rumah Pak Man yang juga hidup sebatang kara sepertinya... Pak Man yang kebetulannya baru pulang daripada menoreh getah untuk menampung kehidupannya , terus memandang ke arah Sinatra yang duduk berteleku di lantai... Termenung jauh... Mungkin juga masih memikirkan nasibnya yang sudah menjadi anak yatim piatu... Pak Man menarik nafas panjang , lalu menghembusnya perlahan... Pak Man menghampiri Sinatra...
" Natra... , termenung jauh nampak ? " Sinatra mematikan lamunannya serta-merta setelah melihat Pak Man berada di sebelahnya... Sinatra hanya tersenyum kelat... Tidak berkata apa-apa... Namun Pak Man masih faham dengan keadaan yang menghimpit Sinatra..
" Natra , dah makan ? Mari makan sama-sama... Pak Man ada bawak nasi bungkus lauk ayam... Mari makan... Tentu Natra lapar kan ? " tanya Pak Man yang ingin memulakan bicara lain...
" Baiklah , Pak Man... Natra hidangkan... " Sinatra mengambil bungkusan makanan itu daripada tangan Pak Man lalu masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur untuk menuangkan ke dalam pinggan... Sudah menjadi tugas Sinatra untuk menghidang makanan... Masih lagi terngiang-ngiang kata arwah emaknya suatu ketika dahulu yang pada setiap paginya mesti memanggil Sinatra untuk menghidang sarapan untuk mereka sekeluarga... Bukan hanya sarapan , malah makan malam juga biarpun makanannya tidaklah mewah seperti yang Pak Man belikan ini... Hanya kadangkala sahaja keluarga mereka bisa makan ayam kerana harga ayam di pasar sudah meningkat... Sesudah menghidang , mereka makan dengan tertibnya... Biarpun orang kampung banyak mengata tentang mereka yang tinggal sebumbung tanpa ada ikatan , Pak Man dan Sinatra hanya pekakkan telinga sahaja... Pernah juga terlintas di hati Sinatra untuk berhijrah di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan , namun dia hanya mencari masa sahaja untuk berbicara dengan Pak Man tentangnya... Masa inilah yang dirasakan paling sesuai untuk dia luahkan hasratnya...
" Pak Man , Natra nak minta izin nak cakap dengan Pak Man sekejap.... , " Sinatra meminta izin...
" Baiklah... Apa dia Natra ? Nampak macam serius... " tanya Pak Man hairan melihat Sinatra...
" Begini Pak Man... Sebelum tu , saya nak ucapkan terima kasih dengan Pak Man sebab benarkan saya tinggal di sini... Jaga makan pakai saya , dan macam-macam lagi... Saya dengan Pak Man dah saya anggap macam ayah saya sendiri... Pak Man , benarkan saya untuk berhijrah di KL... Saya nak carik rezeki di sana... Biarlah saya mulakan hidup saya sendiri di sana... " jelas Sinatra dengan panjang lebar... Pak Man terkejut dengan cadangan Sinatra untuk hidup berdikari di sana tanpa ada sebarang pengalaman... Baik saudara atau kawan , Sinatra tidak punya sesiapa di sana... Pak Man mengeluh perlahan...
" Pak Man , bukan tak nak benarkan... Tapi.... Pak Man risau... Natra tak ada saudara-mara dekat sana... Natrah nak kerja apa dekat sana ? Nak tinggal dekat mana ? " tanya Pak Man yang risau dengan keadaan Sinatra...
" Kerja apa pun boleh Pak Man... Asalkan halal... Insyaallah , rezeki ada dekat mana-mana... Pak Man jangan risau... Tapi... Natra nak pinjam sedikit duit dari Pak Man... Insyaallah kalau Natra dah dapat kerja , Natra ganti balik duit Pak Man... Pak Man , izinkan Natra ? " Sinatra mengesat airmatnya yang sudah mengalir... Seboleh-bolehnya dia ingin mengubah nasibnya yang kelihatannya makin malang itu...
" Bila Natra nak pergi sana ? " Pak Man kelihatan kasihan melihat Sinatra...
" Esok atau lusa... Natra dah bersedia Pak Man.... Natra nak ubah nasib Natra... Untuk Pak Man jugak... " Sinatra tidak lupa pada orang tua yang banyak berjasa padanya dan keluarga... Dia ingin membantu Pak Man yang sudah di mamah usia...
" Hmm... Pak Man dah berusaha menjaga Natra sebaiknya dan Pak Man jugak tak boleh nak paksa Natra buat benda yang Natra tak suka.. Pak Man izinkan... Janji , Natra kirimkan surat atau telefon Pak Man... Ye nak ?? " di wajah Pak Man , terlihat satu garisan senyuman yang membuatkan Sinatra juga tersenyum riang...
" Terima kasih banyak-banyak Pak Man... Insyaallah , Natra akan cuba juga hubungi Pak Man bila dah ada kat sana nanti... , " Sinatra mengukirkan senyuman yang manis lagi indah untuk penjaganya...
****
" Aku dengar cerita , si Sinatra tu nak berhijrah ke KL... Betul ke ? " terjah Mak Tom...
" Aku pun ada dengar-dengar macam tu jugak ! Si Fikah beritahu aku... Dia ada dengar-dengar semalam masa balik dari kerja , Pak Man tu dok bercerita dengan si Kassim gagap hujung kampung tu... Bukan main beriya-iya aku tengok... " ujar Mak Piah dengan panjang lebar... Mak Limah hanya mendengar luahan mereka... Atas sebab apa dia mahu berhijrah ? Sebab dah berputus asa hidup sebatang kara kah ??
" Hmm... Betul ke ? Biarkanlah.. Bukan ke lagi aman kampung kita ni ? " tanya Mak Limah...
" Nanti tak adalah lagi bahan cerita kita ! " gurau Mak Piah... Mak Tom bergelak ketawa mendengar luahan Mak Piah... Mak Limah turut ketawa...
" Entahlah... Lepas apa yang jadi beberapa minggu lepas , aku kesian pulak tengok dia... Tapi yang aku hairan sekarang ni , siapa pulak dalang yang membakar rumah arwah Sri tu ?? Selain kita , ada lagi ke musuh Sinatra ?? " Mak Limah bertanya... Mak Piah dan Mak Tom menggarukan kepala yang tidak gatal sambil memikirkan siapakah dalangnya....
" Haaaa... Aku tahu ! Ni mesti kerja si Lina tu ! Kan dia ada bertegang urat dengan Sinatra sebelum kejadian tu... " ujar Mak Tom yang dia berasa amat yakin bahawa Lina yang membakar rumah Sinatra akibat perasaan ketidakpuastian terhadap Sinatra...
" Aku pun rasa macam tu jugak... Hmm , dah tu biarkan jelah... " Mak Limah malas mahu memikirkannya lagi... Baginya , Sinatra yang ingin berhijrah ke Kuala Lumpur itu pun sudah baik dan tidak lagi menganggu ketenteraman kampung ini dengan cerita-cerita yang tidak benar mengenainya... Walaupun cerita yang tidak benar itu datangnya daripada mereka bertiga sendiri... Mak Tom dan Mak Piah hanya melepaskan keluhan berat apabila melihat keadaan rakannya , Mak Limah sendiri berperangai aneh dan tidak seperti sediakala...
Bersambung....