Embun Sinatra - Part 9
18 May 2012@11:56 AM
Malam sunyi bertemankan bintang dan bulan yang sentiasa setia menemani Sinatra apabila malam menjelma... Bulan itu sepertinya sakit... Warnanya tidak cantik seperti sediakala.. Bintang pula , mengapa sedikit ? Apakah maksud semua ini ?? Sinatra melepaskan keluhan berat... Sepertinya bulan dan bintang tidak mahu menemaninya malam ini... Sunyi. Itulah yang dirasakan pada saat ini... Mungkin juga hujan mahu turun... Angin sepoi-sepoi bahasa sedikit sebanyak menampar lembut muka Sinatra... Selimut yang berada di hadapannya kini di tarik supaya emak dan adiknya bisa mengurangkan kesejukan malam... Sinatra melihat wajah emak dan adiknya... Sayu... Hanya kerana dirinya tidak jadi berkahwin , emak dan adiknya turut mendapat malu... Kadangkala dia berasa serba salah kerana membiarkan sahaja emak dan adiknya dihina oleh penduduk kampung... Dia tidak mampu untuk melawan cakap-cakap orang yang bila-bila masa sahaja boleh mengundang pelbagai spekulasi...
" Kak... " Sinatra terhenti dari lamunannya apabila Nazrah terjaga dari tidurnya...
" Ya , kenapa dik ?? Sejuk ke ? " Sinatra lantas mencapai selimut di hadapannya itu... Nazrah hanya memandangnya sayu , biarpun hari sudah malam , wajah kakaknya itu bisa dilihat dari cahaya rembulan yang serba malap itu...
" Adik sejuk... , Kak , jom tidur sama-sama... Adik nak tidur dengan kakak... " Nazrah merayu... Tanpa banyak bicara , memandangkan hari sudah lewat malam , Sinatra hanya mengiyakan permintaan adiknya itu...
" Seekor labah-labah , cuba panjat perigi... Bila hujan turun , labah cepat lari... Terbit matahari , air takde lagi... Labah boleh panjat , sekali lagi.... , " lagu itu dinyanyikan kepada Nazrah berulang-ulang kali sehinggalah Nazrah terlelap dengan sendirinya... Sinatra tersenyum apabila melihat wajah adiknya itu yang sungguh manja pada malam ini... Tidak seperti sebelumnya... Puas sudah dia menatap wajah adiknya , Sinatra bangun dari duduknya lalu beransur-ansur ke dapur kerana merasakan tekaknya haus... Sinatra memerlukan air untuk membasahkan tekaknya... Tiba-tiba , dia melihat api besar di hadapannya... Api yang sudah marak itu menghala ke ruang tamu , iaitu tempat tidur emak dan adiknya...
" Ya Allah !!! " Sinatra terkejut lalu menggelabah untuk mencari sesuatu yang bisa memadamkan api yang sedang marak itu... Oleh kerana Sinatra terkejut dan bingung , dibiarkan sahaja kerana api makin membesar dan jika dia menolongnya , nyawa dia pasti tergadai sama...
" Ya Allah... Selamatkanlah kami sekeluarga ! " Sinatra memohon kepada Allah sambil menangis kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan keluarganya setelah dia kehilangan ayahnya beberapa tahun dahulu... Dia melihat api semakin marak dan membara... Apakah penyebab utama rumahnya terbakar ? Tong gas yang berada di dapur pun sudah tiada gas... Selama ini Mak Sri hanya menggunakan arang dan kayu sahaja untuk memasak kerana keluarga mereka yang serba daif ini... Sinatra berlari mengikut pintu belakang dan keluar dari rumahnya untuk menyelamatkan emak dan adiknya itu dari pintu hadapan... Malangnya api sudah marak ke hadapan rumahnya... Dan kemungkinan juga..... Emak dan adiknya sudah tiada lagi di dunia ini.... Ohh tidak !
****
" Natra... Bangun nak... , " panggil Pak Man... Pak Man mengejutkan Sinatra yang baring di hadapan rumahnya yang sudahpun hangus dijilat api... Sinatra mengesat-ngesatkan matanya... Dia melihat di hadapannya adalah Pak Man yang dan beberapa orang kampung yang mengelilinginya... Dia tidak menyangka hari sudahpun cerah... Dan dirinya kehairanan , bagaimana pula dia boleh tidur di luar sedangkan...... ???
" Emak ? Adik ? " lantas Sinatra bangun dan melihat rumahnya yang sudah pun hangus...
" Astaghfirullahalazim........ , Pak Man !!! Mana emak dan adik saya , Pak Man ???!!! Mana ???!! " Sinatra menangis semahunya... Dia tidak sanggup untuk meratapi pemergian emak dan adiknya... Dia juga tidak bersedia untuk hidup sebatang kara... Cubaan apa lagi yang harus dia tempuhi ??
" Sabar Natra.. Bawak mengucap... Allah lebih sayangkan emak dan adik kamu , nak... " Pak Man menyuruh Sinatra bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah... Ramai penduduk kampung melihat insiden itu... Ada yang mengasihani , dan ada pula yang tersenyum bangga... Bukan semua penduduk kampung suka pada keluarga Sinatra... Hanya kerana cerita yang dijaja oleh tiga orang makcik kepoh itu sahaja , dia sekeluarga di pandang hina oleh segelintir orang kampung...
" Innalillahiwainnailaihirrajiun....., " sebak Sinatra... Bila dikenangkan kembali , Nazrah yang secara tiba-tibanya mahu bermanja dengannya pada malam tadi... Hairan... Namun Sinatra telah menemukan jawapannya... Itu adalah petanda bahawa Nazrah dan emaknya bakal meninggalkan dia buat selama-lamanya.... Sinatra menangis lagi...
***
Penduduk kampung sedang bergotong-royong memasak di surau untuk majlis tahlil arwah Mak Sri dan arwah Nazrah... Pak Man yang bertindak selaku jiran yang paling dekat dengan Sinatra , cuba untuk membantu membiayai segala perbelanjaan untuk majlis tersebut serta upacara pengebumian kedua-dua arwah... Sinatra duduk termenung di tangga mengenangkan nasib yang menimpanya... Entah siapa yang sedang menyimpan dendam dengannya... Sekalipun dia tidak pernah mencari gaduh dengan sesiapa kecuali... Lina ! Arghh ! Dia tidak mahu memburuk sangka terhadap orang tanpa bukti yang kukuh... Segala tuduhan yang melulu itu dihapuskan serta-merta dari kotak fikirannya... Pak Man menghampirinya perlahan-lahan , cuba untuk menenangkan perasaannya...
" Natra... Bersabarlah nak... Pak Man mengerti perasaan Natra... , Pak Man kan ada.. Insyaallah Pak Man jaga Natra... " ujar Pak Man yang baru selesai membahagikan tugasan kepada penduduk kampung...
" Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul , Pak Man... Serta-merta saya jadi anak yatim ! Sebatang kara.... Saya dah tak ada sesiapa lagi , Pak Man..., " sayu Pak Man mendengar suara sebak Natra... Kesian dan berasa simpati apabila melihat Natra yang masih mentah melalui liku-liku kehidupan yang tidak seindah yang diimpikan... Natrah mengesat airmatanya....
" Tak apa lah Pak Man... Apa-apa pun terima kasih sebab Pak Man tanggung semua perbelanjaan untuk kenduri arwah... Saya segan , Pak Man... " Natra berterus-terang... Pak Man hanya tersenyum... Dia sudah menganggap Natra sebagai anaknya sendiri... Dia juga hidup sebatang kara... Isterinya dan anak-anaknya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu akibat kemalangan... Kini , dia hanya hidup keseorangan dan jika di minta berkahwin dengan wanita lain , dia lebih memilih hidup berseorangan... Baginya , wanita seperti arwah isterinya itu sukar dicari ganti... Lagipun dia sedar , dia sudah tua... Rumah kata pergi , kubur kata mari...
" Pak Man ikhlas bantu Natra... Lagipun Pak Man pun dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni... Pak Man pun rapat dengan arwah emak kamu... Dah , jangan bersedih lagi... Arwah emak dengan adik kamu tu nanti tak tenang kat alam sana... Tabahkan hati..., " pesan Pak Man kerana kasihan melihat keadaan Sinatra sekarang... Sinatra hanya mengangguk perlahan...
Kenduri tahlil berlangsung tanpa sebarang gangguan... Penduduk kampung berusaha menolong Sinatra dan masih ada lagi yang berbaik sangka dengannya... Cuma ada segelintir sahaja yang berfikiran negatif terhadapnya... Makcik-makcik bermulut kepoh yang berburuk sangka terhadapnya itu tidak kelihatan di situ.. Apakah mereka masih membenci terhadapnya walaupun insiden ini berlaku ? Apakah tiada rasa belas kasihan terhadapnya ? Atau mungkin , mereka yang merancang semua ini ? Sinatra bingung dengan setiap apa yang berlaku... Kata-kata itu sering bermain di fikirannya , namun dia membuat endah tak endah sahaja...
Bersambung....