\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Sulalatus Salatin.
04 September 2012@4:34 PM
Assalamualaikum.

Selepas bergelar student ni CPT lebih menghabiskan masa dengan assignment-assignment yang tertunggak. Bukan sengaja, tapi kadangkala masa mencemburui CPT. Kadang-kadang kita kena adakan juga masa privasi. By the way, hari ni ada sebab kenapa CPT buka blog dan update.

Selama sebulan lebih CPT berada kat Aswara ni, banyak pengalaman yang CPT dapat. Sesaat pun, CPT hargai. Hidup CPT tak lebih tak kurang dengan korang semua. Actually sama. Tapi masalah yang CPT hadapi sekarang ialah untuk membaca Sulalatus Salatin. Apa itu Sulalatus Salatin? Sila google sendiri. *gurau-gurau. HAHA.

Actually, Sulalatus Salatin ialah Sejarah Melayu yang menghimpunkan beberapa cerita-cerita hikayat pada zaman dahulu, ye *anak-anak.

Tapi CPT sebagai student baru pun teramatlah payah untuk memahami segala isi kandung cerita tu. Maklumlah, diorang guna bahasa Melayu klasik. Zaman raja-raja. Tapi tu semua tak mematahkan semangat CPT. Kalau orang lain boleh buat, takkan CPT tak boleh pulak. 


Assignment? Tak payah cakap. As a student kalau tak dapat assignment, tolonglah keluar daripada kolej/universiti korang tu. Semestinya ada lah kan. Nak mampus? Sampai bila tak pandai macam tu. So, silalah buat assignment anda sebelum kena ban dengan lecturer-lecturer gojes anda. *peringatan untuk diri sendiri jugak.


p/s : Rasa macam nak balik rumah, lepak depan tv jumpa mak pelok puas-puas. Dem.