\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Memori Cinta - Part 7
11 October 2011@6:45 PM
Episod sebelumnya - Memori Cinta - Part 6



Qesha yang masih termenung dikejutkan oleh lagu yang berkumandang di radio... Radio yang dipasang oleh Mak Zah itu lantas ditutup oleh Qesha.. Matanya lebam , bibirnya pucat , rambutnya yang kusut masai itu dikemaskan oleh Mak Zah... Kalau tidak , rambutnya kusut dan tidak bersikat... Gambar-gambarnya bersama Zafran direnungnya lama ... Sekali sekala bibirnya menyebut ' Zaf ' ... Rindunya kepada Zafran tidak terhitung... Kemudian , terdengar pintu biliknya dikuak... Mak Zah masuk ke bilik Qesha dan mencuba untuk memujuk anaknya makan.. Anaknya susah untuk makan sejak musibah yang menimpa anaknya...

" Qesha , hari ni ada bubur ayam kegemaran Qesha ! Mari mak suapkan.. Sedapnyaa .... " pelawa Mak Zah... masih lagi mencuba memujuk Qesha... Qesha hanya mengangguk.. Dan bubur ayam itu berjaya masuk ke dalam mulutnya... Mungkin Qesha benar-benar lapar.... Namun Qesha hanya makan beberapa sudu sahaja... Fikirannya kembali melayang mengenangkan memorinya... Begitulah Qesha , sekejap okay sekejap tak... Qesha masih teringat saat dia dan Zaf melawat mummy dan daddy Zaf tak lama dulu....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa itu , mereka dah berkenalan hampir setahun , namun pertemuan diantara kedua-dua belah keluarga belum lagi dibuat... Kali ini , dengan pertemuan pertama ini lah mereka bersua-muka dan mengenali antara satu sama lain... Qesha amat terharu dan hanya menuruti perintah Zafran untuk menemui ahli keluarga Zafran...

" Qesha , yang ni mummy Zaf , perkenalkan... " Zaf memperkenalkan Qesha kepada mummynya Datin Sofea..

 " Apa khabar auntie ? " tanya Qesha..

" Khabar baik... cantik.. pandai Zaf pilih.. " kata Datin Sofea kelihatan sungguh teruja...

" Ish , auntie ni.. malulah saya macam ni... " jawab Qesha yang segan...

" Tengoklah siapa punya ! " tiba-tiba Zafran menyampuk...

Mummynya dan Qesha hanya ketawa melihat kelakuan Zafran... Begitu teruja dia sampai begitu sekali...

" Yelah pandai anak mummy ni cari bakal isteri... "

 Tengoklah anak siapa ! " kata Zaf...

Dia amat berpuas hati kerana pertama kali Zafran bawa teman wanita ke rumahnya dan memperkenalkan kepadanya dan suaminya itu secara sopan dengan adab dan santun anak tunggalnya itu... Suami ? Ya , Dato' Azman merupakan ayahnya ... Siapa sahaja yang tak kenal Dato' Azman ? Usahawan yang sangat terkenal... Ramai orang mengaguminya sebagai usahawan yang hebat dan sangat berjaya dalam apa jua projek yang dilakukan oleh beliau... Dato' Azman sedang menurun tangga menuju ke arah ahli keluarganya...

" Qesha , ni daddy Zaf.." Zafran memperkenalkan Qesha kepada ayahnya...

 " Apa khabar uncle ? " tanya Qesha yang terasa gugup..

 " Baik , alhamdulillah... Kamu apa khabar ? Dah lama kenal Zafran ? " tanya daddy Zaf kepada Qesha yang sudah memulakan sesi temuramah...

 " Saya sihat alhamdulillah...Dah lama jugak uncle , hampir setahun... " jawab Qesha...

" Qesha , mari makan nak... auntie dengan pembantu ni pagi-pagi dah siap sedia masak untuk kamu berdua... " kata Datin Sofea yang sungguh beriya-iya untuk bertemu bakal menantunya itu...

Belum sempat Dato' Azman bertanya dengan lebih lanjut , Datin Sofea mempelawa Qesha untuk makan...

 " Ya Allah makcik , susah susah ajelah masak untuk saya .... saya datang sini pun nak melawat auntie dengan uncle je... " jawab Qesha yang dianggap bertuah kerana mummy dan daddy Zaf melayannya dengan sungguh baik...

 " Ehh marilah ... auntie masak sedap tau ! " Dato' Azman tiba-tiba menyampuk...

 " Hehehe abang ni pandai-pandai je... Alaa auntie ni masak sedang-sedang je... terpulanglah Qesha nak judge masakan auntie ni... mari mari ! " balas Datin Sofea...

 " Okay , ... Zaff ! jom sekali... " Qesha mengajak Zaf...

 " Ohh okayy ! " jawab Zaf yang sedang leka bermain dengan kucingnya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesudah mereka berbual dengan panjang , kini tiba saatnya Zafran meluahkan hasratnya di depan ahli keluarganya...

" Mummy , daddy , Zaf nak cakap sikit... " Zaf meminta izin daripada kedua orang tuanya...

 " Ya , boleh ... Apa dia Zaf ? " balas kedua orang tuanya... Qesha hanya mendengar...

" Zaf bawa Qesha datang sini bukan saja-saja je... Zaf ada niat sendiri... Zaf nak melamar Qesha jadi isteri Zaf... Kalau boleh Zaf nak mummy and daddy kenal dulu dengan Qesha... "

 Qesha yang sedar akan hal itu hanya membulatkan matanya ... Dia seperti di awang-awangan.... Tak percaya
akan omongan Zaf...

" Wahhh ! serius ni Zaf ? Anak mummy ni dah ready ker ? " tanya Datin Sofea ...

 " Dah mummy... Zaf dah cukup kenal Qesha dan dah faham hati dia macam mana.. Zaf rasa dengan cara ini je yang lebih elok.. Tak elok tunggu lama-lama kan mummy , daddy ? " balas Zaf...

Kenyataan itu sudah cukup membuktikan betapa seriusnya Zafran ketika ini...

 " Baiklah , mummy setuju sangat ! " balas Datin Sofea...

 " Daddy pun setuju... Daddy pun dah lama teringin nak timang cucu... " jawab Dato' Azman...

Sudah ada persetujuan dari kedua-dua ibubapa Zafran ... Kali ini , persetujuan dari Qesha pula...

" Qesha , depan mummy and daddy Zaf ni , Zaf nak melamar Qesha , will you marry me dear ? " Zaf melamar...

 " Qe..qe.. Qesha setuju... Tapi ,... kalau mak Qesha setuju... Eloklah kalau Zaf , auntie dan uncle sendiri datang melamar Qesha si rumah , alang-alang boleh berjumpa dengan mak sekali... "

 Qesha harus meminta persetujuan daripada emaknya.. Ya , Qesha masih mahu restu daripada emaknya... memandangkan bapanya sudah tiada di muka bumi ini...

" Bagus cadangan tu Zaf , mummy setuju... "

" Ya , daddy pun macam tu jugak... Lagipun tak manis pulak kalau kita tak minta restu maknya... "

 Dato' Azman pun berfikiran begitu... Zaf hanya mengangguk tanda setuju ...

" Okay , minggu depan jugak kita merisik.. " kata Zafran yang kelihatan tak reti nak bersabar...

 Qesha hanya tergelak mendengar Zaf berkata begitu...

 " Amboii tak sabar betul ! " kata Datin Sofea seperti perli anak tunggalnya itu..

 " Hehehehe... benda baik mummy , buatpe nak tangguh lagi... Tak gitu daddy ? " tanya Zaf kepada ayahnya...

 " Haa betul tu... sokongg Zaf ! " jawab Dato' Azman ... Mereka berdua sememangnya serupa... Dan cadangan Qesha itu berhasil dan majlis merisik akan berlangsung minggu depan....


Bersambung....