\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Memori Cinta - Part 8 ( Episod Terakhir )
12 October 2011@9:09 PM
Episod sebelumnya - Memori Cinta - Part 7



" Qesha ... makan nakk ... Macam mana nak sihat kalau Qesha sendiri tak mau makan ?? " pujuk Mak Zah...

 " Qesha nak tunggu Zaf.. "

"Astaghfirullah al-azim... Dalam keadaan macam ni... Zaf pun nak Qesha makan tau ? Zaf mesti risau kalau Qesha macam ni... " pujuk Mak Zah lagi..

Qesha hanya mendiamkan diri dan sering melihat gambar-gambarnya bersama Zafran... Banyak sangat gambar memenuhi kamarnya yang hanya bertemakan putih itu... Sungguh suci dan bersih... Gambar-gambarnya bersama Zafran , ketika mereka bersama tak lama dulu... Sebelum mereka di akad nikahkan oleh pak ciknya kerana Qesha tidak mempunyai bapa sejak 6 tahun yang lalu... Namun , satu tragedi yang tak mungkin dilupakan Qesha semasa hari akad nikahnya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majilis merisik yang dirancang seperti sebelum ini , berjalan dengan baik sekali... Syukur kehadrat Ilahi... Mak Zah yakni mak Qesha menerima Zaf sebagai bakal menantunya , bermakna Mak Zah merestui hubungan mereka berdua... Lagi pula , Mah Zah memang mengharapkan seseorang yang boleh menjaga Qesha selepas dia tiada nanti... Selepas beberapa hari , Mak Zah sibuk menguruskan persiapan hantaran , dibantu oleh saudara-maranya.... Tiga bulan selepas itu , yakni hari pernikahan Qesha dan Zafran , segala persiapan dapat di disiapkan... Termasuklah persiapan pelamin , hantaran , khemah-khemah semua sudah siap di pasang... Manakala jiran-jiran tetangga ,saudara-mara , kawan-kawan turut membantu memasak lauk kenduri.... Hari persandingannya esok , tetapi hari menyatukan dua hati ini bakal berlangsung sebentar lagi.. Qesha sedang bersiap-siap ... Sedang disolek oleh mak andam... Sungguh cantik Qesha pada hari itu... Baju nikahnya serba putih , bak bidadari yang jelita sekali... Manakala Zaf , pengantin lelakinya bersiap di rumahnya ... tak jauh dari situ... Tok kadi , saudara-mara mula berkerumun di rumah Qesha untuk menyaksikan pernikahan mereka berdua .... Zafran masih dalam perjalanan.... Sementara itu tok kadi memeriksa borang-borang yang patut diisi pengantin nanti... Setelah beberapa minit , Zafran masih tak sampai...

" Mak , mana Zaf ni ? lama sangat ni ?? " Qesha mula rasa tak sedap hati dan kawan-kawannya cuba untuk menghubungi Zafran , tetapi tak dapat.. Panggilannya mati..

 " Sabar nak , kejap je lagi tu mesti sampai.... " Mak Zah cuba untuk menenangkan anaknya itu... Tak lama kemudian , rumahnya dikunjungi beberapa orang polis...

 " Assalamualaikum..."

" Waalaikumsalam.. " Semua hanya memandang sesama sendiri.. Qesha pula terkejut dengan apa yang berlaku...

 " Maaf , ini rumah Cik Qesha ? tanya Pegawai polis yang datang itu...

" Ya , saya Qesha , kenapa ni encik ? " Qesha mula rasa gugup... Setahunya dia tak melakukan apa-apa
kesalahan undang-undang...

 " Sebelum tu kami nak cik bersabar ... Kami menemui mayat bakal pengantin lelaki di lebuh raya awal pagi tadi , terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah cik... Kami menemukan business card cik beserta gambar cik bersama mangsa dalam beg duit mangsa.. kes ini kami akan siasat dalam masa terdekat ... Kami mahu cik datang ke hospital untuk mengecam mayat mangsa... " kata pegawai polis itu secara detail...

" Ya Allah.... , Zaf.... " Qesha pengsan..... Semua ahli keluarga Qesha berusaha mengangkat Qesha dan cuba untuk menyedarkannya...

 " Kami amat bersimpati atas apa yang berlaku ... Dan harap Cik Qesha dapat memberi kerjasama ..."

 " Baik tuan.. " jawab Mak Zah yang turut bersedih atas apa nasib yang menimpa anaknya itu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesi pengecaman mayat dilakukan... Qesha masih mengharap bahawa itu bukan Zaf... Tapi ternyata mayat itu Zafran... Atas bukti yang polis jumpa , menguatkan lagi kenyataan bahawa mayat itu mayat Zafran... Mengikut siasatan , Zafran memandu ditemani rakannya , tetapi keretanya tiba-tiba rosak dan Zafran keluar untuk mendapatkan bantuan orang ramai ... Malang tidak berbau , Zafran dilanggar lori ketika Zafran melintas dengan pantas di seberang jalan yang menuju ke rumah Qesha tanpa menyedari ada lori di hadapan... Qesha yang mendengar keterangan polis , sebak dan tidak dapat menerima kenyataan itu , terus melarikan diri dari hospital.... Menangis semahunya.... Sampai sekarang , Qesha masih mengingati peristiwa itu ... Dia tidak kisah kalau dimalukan kerana tak jadi kahwin , kerugian atau apa-apa , tapi dia amat kisah pasal Zaf... Cintanya pada Zaf , tak berbelah bahagi... Masih lagi diingat pertemuan pertamanya ... Argghhh ! Semua kenangan datang bertimpa-timpa dan amat menyeksa jiwanya... Namun itulah yang dinamakan takdir... Yang menghantui Qesha sehingga harini... Masih lagi dia teringat akan kata-kata Zaf , " Zaf cintakan Qesha sampai Zaf mati... "  Qesha berusaha untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya tanpa Zafran...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas setahun , genap insiden yang berlaku padanya itu , Qesha semakin pulih dan masih berusaha untuk menerima musibah yang berlaku ... Waktu petang yang redup , memaksa dirinya mengambil angin ditempat pertama kalinya dia berjumpa dengan Zafran , iaitu di taman permainan kanak-kanak... Tiba-tiba bola menerpa ke arah belakang badannya .... Lalu Qesha cuba untuk mengambilnya...

" Zafrannnnn !!!!! Mintak maaf dengan kakak tu...  Tuh laa , lain kali jangan tendang kuat sangat... Kan dah kena orang... Susah betul nak dengar cakap mama ni ! " teriak ibu kepada anak kecil yang berusia dalam sekitar lima tahun itu ...

 Qesha yang terkilan kerana nama ' Zafran ' disebut oleh perempuan muda itu... Hatinya berdebar-debar kalau ' Zafran ' yang pernah ada di dalam hidupnya muncul semula , tetapi itu tidak mungkin... Sudah ketentuan Ilahi Zafran meninggalkannya.... Lalu dia menoleh ke belakang dan memberi bola tersebut kepada anak kecil itu..

" Terima kasih auntie ! Minta maaf sebab terkena bola ni kat auntie... " kata anak kecil itu yang bernama Zafran...

 " Tak apa-apa sayang... Auntie maafkan Zafran... " balas Qesha sambil memberikan senyuman...

Ternyata , ia hanyalah memori yang bermain di minda Qesha... Anak kecil dan ibunya itu beransur pergi dari tempatnya itu... Bermain di tempat yang lebih jauh jaraknya.. Bimbang terkena Qesha lagi... Qesha sempat berbisik di dalam hatinya , ' Kau sentiasa ada di hatiku , disekelilingku , walaupun kita tak dapat bersatu , setiap masa aku mencintaimu ... ,
Zafran....


-TAMAT-