\
Cik Pipi Tembam





profile chat entries credits +follow home



Aiesya - Part 2
04 November 2011@12:25 AM
Episod sebelumnya : Aiesya - Part 1


Hembusan angin di pantai sungguh nyaman sekali... Sekali sekala Rayyan mengambil angin di tepi pantai , berhadapan dengan rumahnya... Sememangnya anak jati Kampung Badak itu sering mengambil angin pada waktu pagi... Sambil menolong emaknya membuat kerja... Rayyan bercuti sehingga seminggu.. Dan pada masa ini lah dia berkesempatan membantu emaknya di kampung...

" A'an , tak payah lah tolong mak , pergi lah rehat ... Mesti penat kamu kerja kat KL tu... Mak dah biasa buat semua ni , masa kamu belum lahir lagi... hehe.. " kata Mak Pah..

 Ibunya rajin dan sangat memahami perangai anaknya itu...

 " Alaaa takpe lah mak... ni semua dah biasa dah ... A'an kat KL tu A'an basuh baju semua sendiri... sidai pun sendiri... " balas Rayyan , biasa orang kampung memanggilnya dengan panggilan A'an..

 " Haa tu laa.. Mak dah pesan cepat-cepatlah carik teman... Senang sikit semua kerja bini kamu tu yang buat... Ke nak mak carikkan ? " Mak Pah cuba untuk memujuk anaknya dengan mengambil kesempatan dan peluang yang baik...

 " Ehh mak ni ! Taknak lah... Cinta bukan boleh di paksa-paksa kan ? Lagipun siapa je yang nak A'an ni mak...Kerja busy memanjang... " balas Rayyan yang menolak pelawaan emaknya itu...

" Bercinta selepas kahwin lagi afdhal.. Tapi kalau itu dah A'an cakap , emak tak boleh nak paksa... Ikut kamulah A'an... " balas emaknya seakan-akan redha nasib anaknya...

 Tapi di dalam hati , emaknya masih berharap supaya anaknya terbuka hati untuk berkahwin...

" Baik mak.. Macam tu lah . hehehe... Kalau ada jodoh tak ke mana mak... " balas Rayyan yang ingin menyedapkan hati emaknya...

 Emaknya tersenyum simpul melihat gelagat anaknya itu... Kain sudah dijemur , lalu dua beranak itu masuk ke
dalam rumah untuk menyiapkan sarapan pagi pula... Semestinya karipap ! Makanan kegemaran Rayyan ...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


" Aku nak pergi bank cucuk duit... Kau tak payah ikutlah dik.. Duduk dalam kereta.. " kata Aiesya ...

 " Yelah ... belikan aku air badak ... Rasa macam panas dalam je ni... " balas Alisa..

 " Badak kau nak ? " perli Aiesya.. " Kau nak belikan ke tak nak ni ? " balas Alisa..

" Hahahaa... bengong. Aku nak pergi beli lah ni... Duduk dendiam ye budak.. " kata Aiesya dengan gurauan kasar...

 Sememangnya dia begitu kerana sudah terbiasa dari kecil... Alisa hanya mendengus apabila mendengar kakaknya berkata sebegitu... Dia tak mampu untuk melawan kerana badannya terasa makin panas...
Mungkin kerana cuaca yang tidak menentu... Beberapa minit kemudian , Aiesya sampai...

 " Nahh ambik badak kau. Ehh ! Air badak kau.. " kata Aiesya ... Lalu dibuka penutup botol itu dan terus minum...

" Hmm... Leganyaaa dapat minum air badak... Asyik ice blended je aku minum... " kata Alisa...

" Kat rumah tu kau tak minum air masak ke ? Air free taknak minum... Yang mendatangkan penyakit jugak yang kau carik... Dah minum sampai lebam... Ni aku hantar kau balik.. Tak payah ikut aku.. " kata Aiesya yang prihatin pada kesihatan adiknya walaupun pada mulanya dia kelihatan endah tak endah...

" Hmm yelah... Mengadap muka ayah je lah sehari suntuk ni.. " balas Alisa dengan slumber..

" Bapak kau jugak dik... " balas Aiesya seakan mengingati...

 " Yolah..yolah... " Alisa mengalah dengan kakaknya...

Tak dapatlah dia ikut kakaknya bertemu dengan kawan-kawan untuk melepak... Sememangnya Bukit Bintang tempat melepak seharian dan membuang sisa-sisa masa hidupnya... Pada malamnya pula , Aiesya bekerja di kelab sebagai penyanyi... Oleh itu , Alisa datang untuk menemani kakaknya sahaja.. Biarpun mendapat tempias kononnya Aiesya dan Alisa GRO di kelab itu... Sungguhpun mereka liar , tetapi arak ,
lelaki dan seks bukan amalannya... Yang mereka mahu hanyalah duit semata-mata untuk menyara ayah...


Bersambung....